·
Hak untuk mendapatkan
keperluan asas
Pengguna
berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang
memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang
mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan,
dan sebagainya
- Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna
dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang
boleh membahayakan pengguna.
·
Hak untuk mendapatkan
maklumat
Pengguna mesti
diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan
yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan,
pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
·
Hak untuk membuat pilihan
Pengguna
dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan
perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan
dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan
perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
·
Hak untuk bersuara
Ini bagi
memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam
penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada
pentadbiran pengadilan.
·
Hak untuk mendapatkan
ganti rugi
Pengguna
berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya
ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi
perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.Ganti rugi harus
diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada
penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan
pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa
akibat kecuaian majikan.
·
Hak untuk mendapatkan
pendidikan pengguna
Pengguna
berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana
sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada
pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung
melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih
bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
·
Hak untuk mendapatkan alam
sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan
bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang
keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar
pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus
atau dimusnahkan.



No comments:
Post a Comment