SELAMAT MEMBACA!

Thursday, April 11, 2013

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2013

Assalamualaikum,

Saya Mohamad Amzar Mohd Rupiah merupakan pelajar SMK Seri Lipis, Kuala Lipis, Pahang telah menghasilkan blog ini bertujuan untuk menyertai Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2013. Terdapat banyak pertandingan yang dipertandingkan seperti membuat blog, menulis esei dan banyak lagi. Semuanya boleh dilawati di sini www.mypengguna.com.

Dalam pertandingan membuat blog ini, terdapat beberapa tajuk yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Oleh itu, saya bersama-sama guru-guru SMK Seri Lipis telah memilih tajuk Aduan Pengguna dalam Industri Telomunikasi . Terlebih dahulu dimaklumkan bahawa segala isi kandungan di dalam blog ini sedikit sebanyak dicari dan diambil daripada Internet yang telah membenarkannya.

Saya berharap supaya orang ramai dapat melawati blog ini, dan dapat berkongsi blog ini kepada orang lain supaya dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sekian terima kasih. 

No comments:

Post a Comment